Wednesday, December 26, 2012

jazakallahu khairan kathira

ASSALAMUALAIKUM WBT

hari ni saya nak berkongsi cerita mengenai seorang pemuda islam ni. mari sama-sama kita hayati dan sematkan keperibadian yang ada dalam diri beliau di dalam jiwa kita. Subhanallah....


Nama anak muda ini Muhibbudin. Sepanjang di Ghaza dia hanya berbaju lengan panjang 

kain kapas nipis walaupun kami yg lain berbaju tebal menahan sejuk membeku. Adik ini 

ada cerita sebenarnya.

Bermula dgn mimpi mempertahankan Palestin. 

keesokan pagi, sewaktu membuka fb adik ini terus melihat jemputan Misi Solidariti Aman 

Palestin. Tanpa memikir panjang dia mengambil keputusan ke Ghaza. Ketika itu katanya

 "Nilai saya zero. Tiada satu sen pun di dlm tangan. Yang ada hanya sebuah motosikal & 

buku-buku senibina".

Pelajar senibinaan USM ini terus mengumumkan di Fb Aman Palestin utk melelong 

motosikal kesayangannya. Inilah kenderaan yg membantunya berulang alik ke kuliah dan

 pulang kerumah. Harga motornya rm10 ribu. Sudah selesai dibayar. Yg diharap dari 

pembida sekurang kurangnya rm5 ribu. Namun sangkaannya meleset. Tiada yg berminat

Akhirnya dia menjual motosikalnya di kedai motor terpakai pada kadar 3ribu ringgit (he 

found out that his bike was later sold at rm7k). Muhibbuddin redha.

Dia terus bertekad mencari rm4500 selebihnya. Satu-satu harta yang tinggal hanyalah buku-

bukunya. Nasib baik ada rakan yg memahami. Semua menghulur apa yg ada untuk 

membantu Muhibbuddin mencapai impiannya ke bumi ambiya'.

Sepanjang waktu ini, Muhibbuddin masih merahsiakan keinginannya dpd ibu tercinta. Dia 

tahu ibunya pasti bimbang. Manakan tidak. Palestin masih bergolak. Segala galanya hanya 

dicurahkan kpd si kakak. Kakak Muhibbuddin adalah seorang wanita & insan yg begitu 

mulia. Dijual segala barangan kemasnya utk membantu adik tersayang. Allahuakbar. Moga-

moga pengorbanan anda Allah limpahkan dengan emas permata di Jannah kelak.

900 ringgit yg diberi ibu untuk kegunaan sesi pembelajaran ditambah untuk mencukupkan 

simpanan. Itulah simpanan terakhirnya. Dipejamkan mata. Segalanya utk berjihad, kata 

anak muda berjiwa kental ini.

Akhirnya dia berjaya mengumpul rm7600. 7500 untuk misi & Rm100 untuk wang saku.

Sebab itu Muhibbuddin tidak berjaket tebal seperti rakan-rakan lain sepanjang berada di 

sini.

3 hari sebelum berangkat Muhibbudin mencurahkan segala yg dipendam kepada ibunya. 

Hanya ibu yg memahami si anak. Tanpa bertanya, si ibu meredhakan.

Anak muda ini berkata kepada saya "Masa tu saya betul-betul menangis. Saya tak sangka 

mak saya merelakan saya pergi. Saya betul-betul terharu".

Sebelum kami berpisah saya bertanya "macam mana adik nak study nanti? Buku semua dah 

tak ada."

Dia menjawab "Jangan risau kak Farrah, semuanya Allah simpan di sini" sambil menyentuh 

kepalanya.


cerita asal dari:  facebook farrah adeeba



Tuesday, December 25, 2012

kenapa kita mesti merahsiakan PERTUNANGAN?

assalamualaikum...
entry saya kali ini ingin berkongsi kenapa kita perlu merahsiakan pertunangan. saya tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak cuma ini sekadar perkongsian okeyhhh (^.^)#

jom kita bersantai sebentar tonton video ni:



tapi kenapa masih ada yang nak pertikaikan perkara ni.ok, mungkin anta lebih berilmu dari saya tapi jika sesuatu hukum itu telah ditetapkan mengapa mesti nak pertikaikan.hmm
patutla zaman sekarang majlis pertunangan dibuat seperti ala2 majlis pernikahan. siap ada pelamin, baju yang sedondon. ada yang sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi untuk majlis pertunangan. itu kan dah membazir namanya. tak perlu nak jemput ramai2 orang sekadar ahli keluarga terdekat sahaja sudah memadai. 

sebenarnya pertunangan adalah satu ikatan permulaan untuk satu pasangan itu yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan yang bertunang masih lagi berada dalam batas syarak kerana mereka masih lagi tidak halal.sebab itu lah sebaik-baiknya kita rahsiakan pertunangan.tak perlu dihebah-hebahkan. itu kan yang lebih baik...heee




Saya pernah mendengar ada hadith yang lebih kurang berbunyi, “rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan” namun saya kurang ingat perawi dan matan hadith tersebut samada sahih atau bukan. Maka saya pun mencari status hadith tersebut… Saya bertemu dengan dua version, ada yang sahih, ada yang dhaif. Berikut merupakan keterangan mengenai kedua-duanya.
( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )
Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).
Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.Walaubagaimanapun hadith ini berstatus dhaif, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).


Adapun yang sahih, matannya sedikit berbeza.
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil.






perkongsian ilmu (^^.)

bahasa syurga:

salam ukhwah fillah- salam persahabatan kerana Allah

ukhwah fillah abdan abada- persaudaraan kerana Allah selama-lamanya

fa'iza 'azamta fattawakkal 'alallah- setelah kamu berazam maka bertawakkal lah

jazakallahu khairan kathira/jazakillahu khairan kathira- semoga Allah menambah kebaikan yg banyak kepada kamu (lelaki/perempuan)

inni akhafullah- sesungguhnya aku takutkan Allah

mafi qalbi ghairullah- tiada apa didalam hati selain Allah

bitaufiq wannajah- semoga mencapai kejayaan

lau samantha- "excuse me"

naltaqi ghadan- kita jumpa lagi esok

illalliqai- moga bertemu lagi

ma'assalamah- bye

kaifahaluka/kaifahaluki- apa khabar (lelaki/perempuan)

sobahalkhoir- selamat pagi

sobahunnur- selamat petang

syafallah/syafakillah- semoga Allah menyembuhkan kamu (lelaki/perempuan)

taffadhol- silakan

la aadri- saya tak tahu

ma fi musykilah- tiada masalah

la ba'sa- "no problem"

ukhti- kakak/saudara perempuan

akhi- abang/saudara lelaki

zauj- suami

zaujah-isteri

saem- kawan

assif jiddan- minta maaf sangat2

syukran- terima kasih

afwan- sama-sama

na'am- ya!

ahsanta/ahsanti- bagus! (lelaki/perempuan)


...PERKONGSIAN BERSAMA.MOGA BERMANFAAT...


soalan cepumas

Assalamualaikum w.b.t

khaifaluka/khaifahaluki...??saya harap siapa yang baca post ni berada dalam keadaan sihat serta diredhai ALLAH In Shaa Allah... =)

saya bukanlah seorang ustazah, saya bukanlah seorang pendakwah, tapi saya cuba untuk menjadi muslimah sejati di mata Allah. mungkin ada yang tidak suka dengan perubahan saya dan mengatakan saya ni kolot. bagi saya penghargaan manusia itu bukanlah yang utama tetapi redhaNYA.(^.^) In Shaa Allah saya juga sentiasa mendoakan agar kamu-kamu juga akan dibukakan hati untuk berubah.aminnnnnn....

hari pertama di class, saya dikejutkan dengan soalan daripada rakan sekelas saya(lelaki-non muslim)
"...........,,kau nak kawin ke?pakai labuh2 ni...???"

blurppp!!tertelan air liur saya bila dengar soalan itu diajukan.tak tahu kenapa masa tu hati ni sensitif sangat,rasa macam nak nangis bila ditanya soalan tu.hanya Allah je yg tahu mcm mana perasaan saya masa tu.saya hanya mampu tersenyum dan menjawab soalan itu dengan tenang.
"tak la,mana ada.tak semestinya seseorang tu berubah dia nak kawin (^.^).." 


pesan ibu:
 "tak perlu rasa sedih atau malu dengan perubahan kita,biarkan apa orang nak kata yang penting apa yang angah buat tu betul"





Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)



....bersujud lah,mohon taubat kepada ALLAH....


mungkin dulu kita merupakan insan yang sering melakukan dosa tanpa menghiraukan kesan yang akan kita hadapi di kemudian hari, tapi jangan jadikannya alasan untuk kita terus berbuat demikian, ALLAH sentiasa membuka pintu taubat untuk hambaNYA. Biarkan airmata kita mengalir ketika bertaubat daripada tak sempat kerana terlambat. Dekatkan lah diri kita dengan ALLAH, In Shaa Allah hati kita akan sentiasa tenang dan segala urusan akan dipermudahkan. (^.^)








wajah baru

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

mungkin sebelum ni awak2 semua tak pernah tahu akan kewujudan blog saya. Tapi kali ni blog saya sudah berwajah baru dan akan post semua benda2 yang baru. =) Tiba-tiba rasa happy sebab dapat lahirkan semula blog ni...hehehe