Tuesday, December 25, 2012

kenapa kita mesti merahsiakan PERTUNANGAN?

assalamualaikum...
entry saya kali ini ingin berkongsi kenapa kita perlu merahsiakan pertunangan. saya tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak cuma ini sekadar perkongsian okeyhhh (^.^)#

jom kita bersantai sebentar tonton video ni:



tapi kenapa masih ada yang nak pertikaikan perkara ni.ok, mungkin anta lebih berilmu dari saya tapi jika sesuatu hukum itu telah ditetapkan mengapa mesti nak pertikaikan.hmm
patutla zaman sekarang majlis pertunangan dibuat seperti ala2 majlis pernikahan. siap ada pelamin, baju yang sedondon. ada yang sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi untuk majlis pertunangan. itu kan dah membazir namanya. tak perlu nak jemput ramai2 orang sekadar ahli keluarga terdekat sahaja sudah memadai. 

sebenarnya pertunangan adalah satu ikatan permulaan untuk satu pasangan itu yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan yang bertunang masih lagi berada dalam batas syarak kerana mereka masih lagi tidak halal.sebab itu lah sebaik-baiknya kita rahsiakan pertunangan.tak perlu dihebah-hebahkan. itu kan yang lebih baik...heee




Saya pernah mendengar ada hadith yang lebih kurang berbunyi, “rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan” namun saya kurang ingat perawi dan matan hadith tersebut samada sahih atau bukan. Maka saya pun mencari status hadith tersebut… Saya bertemu dengan dua version, ada yang sahih, ada yang dhaif. Berikut merupakan keterangan mengenai kedua-duanya.
( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )
Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).
Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.Walaubagaimanapun hadith ini berstatus dhaif, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).


Adapun yang sahih, matannya sedikit berbeza.
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil.






No comments:

Post a Comment